Posts

Showing posts from 2015

French Rose Tea

Image
Assalamualaikum Selamat petang :) Pernah dengar tak yang bunga ros Perancis yang dah dikeringkan untuk buat teh boleh hilangkan senggugut. Meh sini nak share sikit testimoni. aku ada jumpa Facebok owner dia nama Mira, dia jual French Rose Tea. teringin nak try sebab aku kalau senggugut tak hingat dunia sakit, sampai guling-guling. Mak mesti kena tolong urut-urut pastu bertungku bagai nak kasi hilang sakit, tapi still tak jalan jugak sampai kaki dah sejuk sampa betis. Last2 ambik panadol sebab tak tahan sangat. Panadol ni tak baik sebenarnya kalau kita duk ambik tiap kali sakit sebab dia effect kat tubuh badan kita. Tambahan pulak orang perempuan ambik panadol time senggugut memang bahaya dan banya kesan tak baik, kalau nak bersalin nanti tubuh kita dah lali dengan ubat dan mungkin doktor terpaksa bagi ubat penahan sakit yang lebih tinggi dose dia. tapi tak tahu la kalau benda tu tak betul sebab aku pun tak kawin lagi dan tak tahu kesan dia macam mana. Sejak aku cuba French Rose

Tidurlah

Tidurlah, Usah dikenang perasaan yang pernah tersiat, Moga ianya mampu sembuh dan terubat, Tidurlah. Moga esok masih ada sinar yang indah, Sebagai semangat untuk berubah, Tidurlah, Moga tidak dihasut oleh syaitan yang menyesat, Agar jauh dari maksiat, Tidurlah, Moga esok masih ada peluang untuk bertaubat, Kea arah hidup yang lebih berkat, Tidurlah, Anggaplah ini semua dugaan "BERSAHABAT", Kerana penciptamu ingin merasa dekat, Bila bahagia datang sekejap, Lupa segala dalam sesaat, Kerna itu hatimu disentap, Samaada kuat atau tidak, Kembali ke fitrah atau terus tersesat.

Renungan

Termenung sendiri, Bila tiba saat dijemput kembali, Bersama keluarga atau sendiri, Keadaan sengsara atau dihormati, dengan hati tercela atau suci, Mengenang kembali, Selama hayat ini berdiri, sebagai hamba di muka bumi, Apakah pahala dan keredhaanNya yang aku miliki, Atau hanya dosa dan murka yang aku perolehi, Terdetik dihati, bekalan apa untuk dibawa pulang nanti, Jika di dunia sudah dibuai mimpi, Gembiranya hati sehingga tidak menyedari, Semakin hari semakin usia menghampiri mati.      -ciksiti