Posts

Showing posts with the label Tinta Penulis

Aku Pendosa

Image
Tiap hari, tiap masa dan tiap saat, Ku susun dan ku aturkan langkah, Menyelusuri lorong-lorong ujian dan dugaan, Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, Menuju terus ke hadapan, Mencari arah tuju yang sebenar, Untuk dijadikn bekal ke liang lahad, Tiap hari, tiap masa dan tiap saat, Ku membawa seketul daging di dalam dada, Di dalamnya penuh dengan pelbagai perasaan, Perlu dijaga, dirawat dan dinasihat, Agar tidak seperti pokok yang kering di tanah yang gersang, Tetapi menjadi pepohon berdaun rimbung dan bunga serta buah yang lebat, Supaya menjadi dambaan setiap umat, Tiap hari, tiap masa dan tiap saat, Ku tetapkan niat ku kuatkan tekad, Untuk menjadi yang terbaik dan terhebat, Samaada hari ini atau kelak, Namum ku lupa untuk berusaha kuat, Hingga ku sukar capai apa yang dihajat, Semuanya belum terlambat, Untuk aku kembali semula berubat, Namum ku perlu ingat, Hanya hati yang kuat mampu membantu untuk aku kembali dengan selamat... By @sitinariha.ghazali

Tuhanku Maha Pemurah dan Penyayang

Image
Sehari demi sehari, Langkah ini tidak pernah terhenti, Disusun dengan penuh onak dan duri, Dipapah oleh inspirasi yang setia berdiri, Usaha yang bukannya bersendiri, Tetapi hanya untuk masa depanku nanti, Sehari demi sehari, Satu persatu ianya berbayar kembali, Tetapi sering manusia lupa diri, Menganggap diri selalu tinggi, Dosa tanpa noktah dan henti, Sehari demi sehari, Nikmatmu masih dapat dinikmati, Tetapi tidak membanjiri, Kerana manusia yang tidak menyedari, Semua itu hanya pinjaman di dunia ini, Sehari demi sehari, Walaupun hambaMu mengingkari, Namun Kau masih menyayangi Malulah hamba yang sering mungkir janji, Tuhanmu sentiasa mendengar dan menginginkanmu kembali.. By @sitinariha.ghazali  #Muhasabahdiri #Alhamdulillah #Penahati

Tidurlah

Tidurlah, Usah dikenang perasaan yang pernah tersiat, Moga ianya mampu sembuh dan terubat, Tidurlah. Moga esok masih ada sinar yang indah, Sebagai semangat untuk berubah, Tidurlah, Moga tidak dihasut oleh syaitan yang menyesat, Agar jauh dari maksiat, Tidurlah, Moga esok masih ada peluang untuk bertaubat, Kea arah hidup yang lebih berkat, Tidurlah, Anggaplah ini semua dugaan "BERSAHABAT", Kerana penciptamu ingin merasa dekat, Bila bahagia datang sekejap, Lupa segala dalam sesaat, Kerna itu hatimu disentap, Samaada kuat atau tidak, Kembali ke fitrah atau terus tersesat.

Renungan

Termenung sendiri, Bila tiba saat dijemput kembali, Bersama keluarga atau sendiri, Keadaan sengsara atau dihormati, dengan hati tercela atau suci, Mengenang kembali, Selama hayat ini berdiri, sebagai hamba di muka bumi, Apakah pahala dan keredhaanNya yang aku miliki, Atau hanya dosa dan murka yang aku perolehi, Terdetik dihati, bekalan apa untuk dibawa pulang nanti, Jika di dunia sudah dibuai mimpi, Gembiranya hati sehingga tidak menyedari, Semakin hari semakin usia menghampiri mati.      -ciksiti

Karya Ramadhan

Image
Assalamualaikum :) Lepas sahur pagi tadi niat nak tidur..hihi...tapi xboleh tidur..so sempat la tulis-tulis sikit..so terhasillah karya Ramadhan.. Ramadhan Quotes :)     Salam 23 Ramadhan..bye ;)

Mencari Kesempurnaan

Image
Halal pada yang tak ku kenal, Mungkin satu keinginan, Terpengaruh dgn bahagia yang dibina dalam dongengan, Cinta yang hadir sekelip mata, 'Ya' atau 'Tidak', tak pernah ku rasa, Berteman lama tak menjanjikan keluarga, Tak pernah bertegur sapa dan tak pernah bersua muka mungkin jodoh kita, Semua perangcanganNya tidak terjangka, Terkadang ku merasa, Jodoh keluarga amat sempurna, Kerna hanya ku kenal luarannya saja, Pilihan sendiri pula banyak cacat celanya, Sudah ku kenal luar dan dalamnya, Namun, kadang-kadang juga berlaku yang sebaliknya, Ku tahu sesungguhnya manusia tidak sempurna, Dan aku pula wanita biasa, keinginanku seorang "ketua", Sememangnya hakku mencari yang selayaknya.

Special 2 You - "Teachers"

Image
Kau Manusia, Manusia yang diibaratkan sebatang lilin, Sebatang lilin yang mencair menerangi anak, Anak yang diasuh dari kecil hingga dewasa, Kau Manusia, Manusia yang tidak pernah kenal erti penat lelah, Penat lelahmu yang membuahkan hasil, Hasil yang diperlukan oleh negara, Kau Manusia, Manusia yang sabar, Sabar mengajar kira dan baca, "Bacalah Wahai Anak" itu pesanannya, Dialah Cikgu. :) Terima Kasih Cikgu dan

Karya Sulung

Image
rasa ingin bercinta, kadang bertamu satu rasa, tapiku lupakan sahaja. rasa ingin bercinta, bilaku lihat teman bahagia, tapiku takut untuk berduka. rasa ingin bercinta, bila rasa ingin berdua, tapiku buat-buat lupa. rasa ingin bercinta, bila ada yang bertanya, tapiku biarkan sahaja. bukan tak sudi atau tak rasa, tapiku takut komitmen dengan sang jejaka. kadangku tertanya-tanya, benarkah apa yang dirasa? atau hanya mainan belaka. ku keliru dengan semuanya, lalu ku meminta kepadaNya, simpan cinta ini buat yang halal sahaja ... :) my love quotes :P p/s: berkarya depan tv sambil melayan filem tamil first time in my life ayat mcm ni keluar dr otak aku..