Tidurlah

Tidurlah,
Usah dikenang perasaan yang pernah tersiat,
Moga ianya mampu sembuh dan terubat,

Tidurlah.
Moga esok masih ada sinar yang indah,
Sebagai semangat untuk berubah,

Tidurlah,
Moga tidak dihasut oleh syaitan yang menyesat,
Agar jauh dari maksiat,

Tidurlah,
Moga esok masih ada peluang untuk bertaubat,
Kea arah hidup yang lebih berkat,

Tidurlah,
Anggaplah ini semua dugaan "BERSAHABAT",
Kerana penciptamu ingin merasa dekat,
Bila bahagia datang sekejap,
Lupa segala dalam sesaat,
Kerna itu hatimu disentap,
Samaada kuat atau tidak,
Kembali ke fitrah atau terus tersesat.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Ikan Haruan atau Channa Striatus

Sukacita..Sukacita..Sukacita

Majlis Akikah