Aku Pendosa


Tiap hari, tiap masa dan tiap saat,
Ku susun dan ku aturkan langkah,
Menyelusuri lorong-lorong ujian dan dugaan,
Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan,
Menuju terus ke hadapan,
Mencari arah tuju yang sebenar,
Untuk dijadikn bekal ke liang lahad,

Tiap hari, tiap masa dan tiap saat,
Ku membawa seketul daging di dalam dada,
Di dalamnya penuh dengan pelbagai perasaan, Perlu dijaga, dirawat dan dinasihat,
Agar tidak seperti pokok yang kering di tanah yang gersang,
Tetapi menjadi pepohon berdaun rimbung dan bunga serta buah yang lebat,
Supaya menjadi dambaan setiap umat,

Tiap hari, tiap masa dan tiap saat,
Ku tetapkan niat ku kuatkan tekad,
Untuk menjadi yang terbaik dan terhebat,
Samaada hari ini atau kelak,
Namum ku lupa untuk berusaha kuat,
Hingga ku sukar capai apa yang dihajat,
Semuanya belum terlambat,
Untuk aku kembali semula berubat,
Namum ku perlu ingat,
Hanya hati yang kuat mampu membantu untuk aku kembali dengan selamat...

By @sitinariha.ghazali

Comments

Popular posts from this blog

Mencari Kesempurnaan

Sukacita..Sukacita..Sukacita

Majlis Akikah