Tuhanku Maha Pemurah dan Penyayang


Sehari demi sehari,
Langkah ini tidak pernah terhenti,
Disusun dengan penuh onak dan duri,
Dipapah oleh inspirasi yang setia berdiri,
Usaha yang bukannya bersendiri,
Tetapi hanya untuk masa depanku nanti,

Sehari demi sehari,
Satu persatu ianya berbayar kembali,
Tetapi sering manusia lupa diri,
Menganggap diri selalu tinggi,
Dosa tanpa noktah dan henti,

Sehari demi sehari,
Nikmatmu masih dapat dinikmati,
Tetapi tidak membanjiri,
Kerana manusia yang tidak menyedari,
Semua itu hanya pinjaman di dunia ini,

Sehari demi sehari,
Walaupun hambaMu mengingkari,
Namun Kau masih menyayangi
Malulah hamba yang sering mungkir janji, Tuhanmu sentiasa mendengar dan menginginkanmu kembali..

By @sitinariha.ghazali
 #Muhasabahdiri #Alhamdulillah #Penahati

Comments

Popular posts from this blog

Mencari Kesempurnaan

Sukacita..Sukacita..Sukacita

Majlis Akikah